Apakah Itu MRTT/MRTA dan MLTT/MLTA
Bagi yang bakal membeli rumah, jangan pening dan confuse bila banker anda tanya nak MRRT/MRTA ke nak MLTT/MLTA. MRTT/MRTA dan MLTT/MLTA ni adalah insurans rumah. Anda kena tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan perkataan tu:
MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Assurance merujuk kepada insurans konvensional manakala takaful merujuk kepada insurans islamik.
Perbezaan yang ketara adalah “Reducing“ dan “Level“
Yang pertama dari segi harga dan cara bayaran. MRTT lebih murah tapi kena bayar sekali gus dan boleh dimasukkan kedalam loan anda. MLTT pulak mahal tapi bayaran secara ansuran dan bank tak cover dalam loan.
MRTT ni yang tak best adalah penama bank bukan nama ahli keluarga anda. Tidak boleh dipindah milik. Kalau apa-apa yang terjadi kepada anda, pihak insuran akan settle kan baki loan sahaja dan waris hanya dapat rumah sahaja. Kalau anda buat refinance, polisi akan batal.
Berbeza dengan MLTT, lebih baik sebab boleh di namakan atas nama ahli keluarga, boleh dipindah milik, refinance pun polisi tak batal. Kalau apa-apa terjadi, bayaran untuk jumlah loan, bukan hanya baki loan. Jadi, waris akan dapat rumah dan juga wang.
Gambar kat atas ni contoh kalau anda beli sebuah rumah harga 500k, dan selepas 15 tahun berlaku sesuatu kepada anda. Jika anda ambil MRTA/MRTT, pihak insuran akan bayar baki pinjaman kepada bank, dan serahkan rumah kepada waris. Itu sahaja.
Kalau MLTA/MLTT, anda boleh pendekkan loan anda bila baki loan dah sama dengan simpanan polisi anda. Umpama anda menyimpan.
Sebenarnya tiada paksaan untuk ambil insuran ni, tetapi bank akan suruh anda ambil untuk melindungi hak bank jika apa-apa terjadi kepada anda. Lagipun, keluarga anda pun akan terlindung.
Kalau ditanya yang mana lebih baik, bergantung kepada tujuan. Jika untuk duduk sendiri, sebaiknya MLTT/MLTA sebab dah settle loan nanti dapat rumah dan duit lebihan. Atau boleh pendekkan tempoh loan. Kalau untuk investment short term, MRTT/MRTL mungkin lebih baik sebab lebih murah, lagi pun rumah tu hanya untuk sementara. MRTT/MRTA dan MLTT/MLTA, kedua-duanya penting.
Untuk Detail ; Call/Wasap saya ; 018 777 0715 MAZURUL
No comments:
Post a Comment